Al-Kisahnya Bermula????

Assalamualaikum dan selamat petang semua..

Petang ni tiba-tiba teringin nak update blog tentang bermulanya saya dengan Shaklee dari bulan May 2014.
Terlalu baru saya dalam bisness ni tapi alhamdulliah setiap bulan saya mendapat kepuasan kerana tubuh badan saya dan family sentiasa sihat&cergas.Pada mulanya saya tak terfikir nak joint pun tetapi minat itu datang apabila melihat ramai yang memperkatakan produk Shaklee Bagus.

Pada bulan pertama saya membeli stok untuk saya makan sendiri iaitu :-

Set Diet
1) Lecithin
2) Alfafa
3) Herblax

Saya masih ingat lagi , sekiranya mengambil Vitamin ini haruslah minum air masak 3 Liter sehari, jenuh jugalah nak habiskan sebab saya tak suka minum air dan kena pantang ais..huhuhu
Alhamdullilah berkat kesabaran saya berjaya menurunkan berat badan 2kg dalam masa 2 minggu sebab saya ni suka keluar makan gan Cik. Abg Sayang waktu malam, jadi mananye nak diet…tapi nampak perubahan selera makan sebab dahulu bila order makanan mesti habis sepinggan tapi sekarang setengah pinggan pun tak habis..

Apabila saya dah nampak kesan dari pengambilan Vitamin ni, saya terus order ESP,Advance Joint Health,Ostematrik,B-Complek,Chewable C, Vitamin C,Mealshake,Vitamin E,Zinc dan Carotomax.Vitamin tu semua untuk saya , suami dan anak-anak , betul-betul dah macam farmasi rumah saya sekarang, tapi saya tak kisah tentang harga vitamin diatas sebab saya beli tu semua menggunakan duit BONUS dari jualan Shaklee saya untuk bulan pertama dan kedua.

Walaupun demikian saya ada membelikan untuk mak mertua mealshake + Ostematrik + ESP untuk memberikan tenaga dan menambahkan selera makan kerana sakit orang tua, dahulu saya tak sempat untuk memberikan pada arwah mak saya, sebab selepas arwah pergi baru saya joint Shaklee.Sekarang saya tak nak pandang kebelakang lagi dan mahu semua keluarga saya sihat.

Perubahan ketara iaitu selepas kami konsisten ambil vitamin Shaklee untuk 3 bulan, saya lihat anak-anak jarang sekali demam dan saya pun jarang ambik MC, kalau tak sebulan mesti 3 atau 4 kali MC..huhuhu..
Suami pulak setiap kali pergi kilinik kerajaan untuk check penyakit darah tinggi , doktor cakap OK dan appointment  4 bulan sekali, jika dulu setiap bulan tau…Tapi sayalah NURSE dirumah, kalau harap suami memang tak makanlah ubat klinik dan vitamin tu,ininlah dinamakan pengorbanan  seorang ISTERI.

Paling best sekali, kami suami isteri dah stop ambik PONSTAN(ubat tahan sakit) dari klinik, nak tahu tak apa RAHSIANYA?????
Omega,B-Complek dan Ostematrik

Bab kebersihan rumah, suami memang cerewet, satu hari saya pergi Seminar Shaklee di Hotel Sri Petaling, anak sms tanya boleh ke Along guna Basic H mama dalam cabinet untuk mop lantai.Rupa-rupanya Along pernah tengok dalam FB saya tentang kelebihan Basic H ni, saya pun jawap ok tapi cuma titikkan 6 sahaja sebab takut along terlebih guna dan mahal pun ye,,hehehe
Sampai je dirumah saya tanya Along, macamana???sebenarnya saya tanya sebab inilah kali pertama Along kena mengemop dan paling saya terkejut Along jawap, mama senang betul guna Basic H ni sebab cuma sekali mop, lantai dah bersih dan Ayah pun takde marah-marah.Walaupun along bagi jawapan yang best , saya tetap tak percaya, selepas 3 hari saya pulak ambik turn mengemop rumah, memang betul apa yang dicakap oleh Along, walaupun mahal tapi berbaloi dengan hanya 5 titik dan pasti boleh tahan lama.Sampai sekarang masih tak habis sebotol dan mozek dinding dan lantai bilik air pun berkilat.  

Saya betul-betul tak sangka semenjak joint Shaklee , saya telah mengguna semua produk Shaklee walaupun mahal untuk segelintir orang yang bercakap tetapi sebenarnya tapi boleh tahan lama dan amat berkesan jika kita betul-betul ikut cara pemakanannya.  Insyaallah saya akan sentiasa menggunakan produk Shaklee ni dan mahu semua pun sihat seperti saya..

Oklah, setakat ni dulu saya share cerita saya…

Jika berminat boleh hubungi saya :-


Rahasimah Sufar
SID 1135567
019-6998825 (Shima)
Http:www.facebook.com/shimajamal
Http://shimajamal.blogspot.com

Author: Rahasimah Sufar

PENGEDAR SAH SHAKLEE RAHASIMAH SUFAR 019-6998825 FB:RahasimahSufar IG:Shaklee_Shima Email:shima_jamal77@yahoo.com.my Blog:shimajamal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge