MAJLIS PERKAHWINAN YANG MERAPATKAN SEMULA HUBUNGAN LAMA KAMI.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ini saya pergi Jemputan Perkahwinan anak jiran saya Encik Khar & Puan. Hawiyah                     ( Ketua Kampung Sri Andalas,Puchong ) di Dewan MPSJ Puchong Indah.
Tahniah kerana dapat Menantu Perempuan.
                                              
                                                  TAWFIK & HAJAR HASIKIN
Suasana majlis memang meriah sekali sebab masuk sahaja kedalam dewan tersergam indah pelamin berwarna Krim ,Keluarga pengantin memakai Baju Boria warna Krim dan Tudung Pink.Kelihatan kedua Mempelai duduk bersanding memakai baju berwarna Biru. Memang Cantik sangat mereka pada pandangan mata semua tetamu “Bagai Pinang Dibelah Dua”.
BERLATAR BELAKANG MEJA MAKAN BERADAP BERSAMA AMILIA
Majlis ni sebenarnya bagus kalau kita dapat hadir sebab dapat merapatkan semula hubungan dah lama terputus dan dapat bersua muka dengan penduduk kampung sendiri.Saya sendiri teruja bila dapat bertemu kak Lin, kawan lama dan sempat juga ambik No Handphone untuk berborak lebih lagi sebab kat situ mana boleh nak cerita panjang-panjang.
Semoga pertemuan ini dapat melepaskan rindu kami dan  merapatkan semula persahabatan kami.Amin 
                                     BERSAMA KAK LIN YANG DAH LAMA TAK JUMPA 
                                     SELEPAS ZAMAN PERSEKOLAHAN
SAHABAT SEKOLAH & KAMPUNG

Author: Rahasimah Sufar

PENGEDAR SAH SHAKLEE RAHASIMAH SUFAR 019-6998825 FB:RahasimahSufar IG:Shaklee_Shima Email:shima_jamal77@yahoo.com.my Blog:shimajamal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge