TAMAN ARNAB DIPUCHONG MURAH DAN ANAK SUKA BERMAIN.

Hari minggu memang sentiasa ada aktiviti buat kami sekeluarga sebab mama dan ayah ada dirumah, jadi inilah masa yang sesuai kami pergi berjalan-jalan.
Saya memang tak nak bawa mereka pergi Putrajaya sebab Amir dan Aisyah pasti sakit hati tak boleh main Kasut Roda.
Amir patah tulang tangan pun sebab jatuh waktu main kasut roda di Taman Koi Prima  dan Aisyah pula baru lepas Operation Appendik jadi tak boleh lasak-lasak.
Akhirnya ke Taman Arnab Puchong juga yang saya bawa sebab dekat dengan kawasan rumah saya jadi jimat juga belanja dan minyak kereta.Alhamdullilah mereka tak kisah sebab memang dah lama anak-anak minta pergi situ tapi saya tak sempat nak bawa dan hari ni masa yang sesuai.Seronok mereka dan terus berebut-rebut masuk dan peluk arnab yang comel-comel tu.
Harga tiket masuk hanya RM 2.50 seorang dan mainlah sampai puas tetapi
saya tengok paling lama anak main pun sejam dah nak keluar.Terpancar kegembiraan diwajah kanak-kanak yang sedang bermain dan pasti kita sebagai Ibu Bapa bahagia sebab telah membuat mereka Ceria.
Sambil menunggu anak-anak main ,kita boleh makan laksa kedah dan cendol di tepi taman tersebut.Pasti kita tidak terasa lama menungu mereka bermain.
Lokasi Taman Arnab ni  terletak diKawasan Lapang Taman Permainan dari OTK nak masuk ke KG Sri Aman.
Jom kita serang beramai-ramai  taman Arnab ni.Pasti Anak-anak  kita happy.
#0196998825
#JJSJ
#PengedarShakleePuchong

About Rahasimah Sufar 140 Articles
PENGEDAR SAH SHAKLEE RAHASIMAH SUFAR 019-6998825 FB:RahasimahSufar IG:Shaklee_Shima Email:shima_jamal77@yahoo.com.my Blog:shimajamal

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge