MARHABAN KAMPUNG SRI ANDALAS PUCHONG MERAIKAN MAJLIS AQIQAH DAN KESYUKURAN

Assalamualaikum
Hari minggu ni memang banyak aktiviti kenduri kawin maklumlah cuti sekolah dan ramailah ambik kesempatan buat majlis sebab nak ajak sedara mara serta sahabat handai hadir sekali.Barulah meriah orang ramai datang majlis kita .
Menu biasalah ayam goreng,masak lemak ikan masin,tempe jawa,ulam-ulaman dan banyak lagi.KakManis semua makan sebab malas nak bangun banyak kali jadi penuhlah pinggan tu macam orang buruk melantak😂😂😂
Majlis kenduri hari ini Kak Jamai&Abg Din merupakan tuan rumah telah menjemput kumpulan Marhaban Kampung Sri Andalas Puchong untuk membuat Majlis Aqiqah & Kesyukuran untuk Cucunya seramai 3 orang.Secara kebetulan Kak Jamai ni pun salah seorang ahli kumpulan ni dan kami pun memberikan bacaan yang special sikit dan extra masa selama 2 jam.hehehe
Rasanya dah jarang orang tahu tentang  Kumpulan Marhaban ni  sebab dah makin lupus dan kurang disertai oleh orang ramai.Kalau nak tahu cuba tengok sendiri  ahlinya  orang-orang lama sahaja dan orang muda pun tak nak joint sebab kebanyakan cakap ni kumpulan orang tua.Tapi kalau takde pelapis macamana nak diteruskan kumpulan ni.Setuju tak ?
Insyaallah.. jika kita diberi peluang pergilah sertai dan banyak manfaat kita boleh dapat tau.
Oklah Kak Manis dah kenyang dan nak pergi majlis kat rumah orang lain pulak.
Nanti kita sambung cerita yang lebih tiptop dilain kali.
Bye.Bye.Bye

Author: Rahasimah Sufar

PENGEDAR SAH SHAKLEE RAHASIMAH SUFAR 019-6998825 FB:RahasimahSufar IG:Shaklee_Shima Email:shima_jamal77@yahoo.com.my Blog:shimajamal

2 thoughts on “MARHABAN KAMPUNG SRI ANDALAS PUCHONG MERAIKAN MAJLIS AQIQAH DAN KESYUKURAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge