PAU CENDAWAN TERSEDAP DIKAMPUNG KENANGAN,PUCHONG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ini keluarga sebelah husband buat makan-makan meraikan anak-anak yang  berjaya mendapat keputusan  PT3 pada hari Isnin lepas.Alhamdullilah dan bersyukur kerana mereka telah buat yang terbaik dan  kami tahu mereka mampu memberikan yang terbaik.
Menu Utama Ayam KFC,Mehoon Goreng,Nugget,Hotdog,Nugget dan Bubur Pulut Hitam.Oleh kerana keluarga kami besar setakat 5 kotak sekejap saja clear dan berebut-rebut masing-masing makan.
Tapi saya memang dah tak lalu makan KFC sebab kat Office selalu  belanja jadi muak pulak. Tapi kalau nak tahu dah 3 biji Pau Cendawan Viral Putrajaya saya makan sebab lapar sangat tadi..hehehehehe
Terkejut juga tadi bila sampai rumah mak mertua ada kedai jual pau kat tepi jalan ,bila dah dekat baru nampak Abang Rosli yang jual jadi tak perlu nak pergi jauh-jauh lagi.Dekat pulak dengan office dan lunch hours pun boleh bungkus.Habislah diet saya lepas ni..haha
Terdapat bermacam perisa ada dijual iaitu
Pau Cendawan,Pau Kaya ,Pau kelapa,Pau Ayam,Pau Daging dan harga pun berbaloi dengan rasanya yang sedap.
Kedai Pau ni dibuka setiap hari dan bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Rasalah sekali dan pasti menjilat jari dan berhari-hari datang beli.
Selamat mencuba semua.

Author: Rahasimah Sufar

PENGEDAR SAH SHAKLEE RAHASIMAH SUFAR 019-6998825 FB:RahasimahSufar IG:Shaklee_Shima Email:shima_jamal77@yahoo.com.my Blog:shimajamal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge