KAMBING BAKAR SAHARA DISETIA ALAM TERBAIK

Selamat tengahari semua.
Hari ni cuti umum dan Kak Manis dan family teringin nak makan Kambing Bakar Sahara.Kalau dulu kedai ni buka di Meru,Klang tapi dah tutup dekat 5 bulan.Puas juga kami pergi kedai lain makan kambing bakar tapi tak sama sedap macam yang ni.
Alhamdullilah..tiba-tiba ternampak kawan Instagram post pasal kedai makan yang jual kambing bakar dan bila dia sebut sama rasa macam yang kami cari tu,apalagi terus Kak Manis nak tengok betul ke?
2 minggu lepas kami pergi Setia Alam dan puas juga mencari sebab info tak lengkap dan berkat  kesabaran jumpa juga lepas sesat 1 jam.huhuhu
Kali ni kedainya lebih selesa ada surau,tandas dan tempat yang selesa.Cuma kurang sikit kebersihannya sebab lalat banyak dan masih kekurangan pekerja.Mungkin baru lagi dan kali kedua ni dah nampak perubahan dan bersih .
Kali ni kami hanya call nak order 10 bungkus dan bawa balik sahaja.
Jom kita try dan pasti anda puashati.

About Rahasimah Sufar 140 Articles
PENGEDAR SAH SHAKLEE RAHASIMAH SUFAR 019-6998825 FB:RahasimahSufar IG:Shaklee_Shima Email:shima_jamal77@yahoo.com.my Blog:shimajamal

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge