SAMPUL DUIT RAYA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Bulan Ramadhan memang ditunggu-tunggu oleh Umat Islam dan macam tak percaya dah masuk hari ke20 kita berpuasa.Alhamdullilah semua family Kak Manis tak pernah tinggal sahur ,kebiasaannya kak manis akan kejut mereka bangun 5 pagi lepas tu terus bersiap nak Solat Subuh dan ke Sekolah.
Kak Manis sendiri tak tidur selepas bersahur sebab nak kena temankan anak-anak tunggu Van Sekolah datang kat Rumah .Pukul 8 pagi terus hantar anak ke sekolah Tadika pastu terus drive ke pejabat, nasib baik bulan Puasa jadi boleh juga  tambah pahala datang awal ke pejabat .hehehe 
Segala persiapan Raya baru 80% dan untuk Part Sampul Raya yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang.Sempat juga semalam Kak Manis order Sampul bersama Team Shaklee yang lain dan terasa aura nak raya pulak ni.
Kebiasaannya anak-anak sebelum malam raya mereka dah minta nak isi duit dalam sampul dan nampak keseronokan mereka bila nak bagi orang duit.Alhamdullilah mereka tahu istilah bersedekah dan itulah yang selalu kami ajar pada mereka setiap kali nampak orang kurang berkemampuan di Pasar atau dimana saja mesti mereka minta duit dan bagi.
Tahun ni masih belum terfikir nak isi berapa jumlah dalam Sampul Raya sebab kami biasa akan pilih 5 warna berlainan iaitu :-
1-Ibu Bapa
2-Anak-anak
3-Anak Buah
4-Anak kawan& Sedara Mara
5-Tetamu yang datang beraya
Semoga tahun ni dimurahkan rezeki serta dapat melakukan semua yang dihajati.
Kegembiraan mereka sudah cukup memberikan sinar kebahagian buat mereka juga.
Jika ada yang berminat mencari Suppliment Shaklee boleh hubungi 019-6998825 dan pasti servis tiptop dari Kak Manis.

Author: Rahasimah Sufar

PENGEDAR SAH SHAKLEE RAHASIMAH SUFAR 019-6998825 FB:RahasimahSufar IG:Shaklee_Shima Email:shima_jamal77@yahoo.com.my Blog:shimajamal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge