MENGISI MASA LAPANG ANAK

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hari ini merupakan Hari Raya ke 4 dan  pasti semua masih beraya dikampung.Tapi Kak Manis takde kampung jadi memenuhi masa cuti bersama keluarga sahaja di Puchong.
Pada mulanya ingin bercuti tapi memandangkan Abang Jamal kerja sendiri iaitu bawa towing jadi terpaksa batalkan semua plan tu.huhuhu
Tapi kami tak kisah pun sebab setiap kali Abang keluar menarik kereta,Kak Manis pun keluar juga.Ini yang best bila isteri boleh drive dan anak-anak pun takde boring bila setiap kali cuti.
Hari ini Kak Manis keluar hantar stok Shaklee pada Puan Husna di Kinrara dan sempat juga singgah beraya.Seronok anak-anak dapat duit raya dan makan coklat dari luarnegara.
Selepas keluar dari perumahan elite di majestika kami terus pergi ke IOI CITY MALL .Anak-anak memang dah lama pujuk nak main ice skatting dan nak tak nak kena bawa juga.Hanya ini cara nak buat mereka happy dan siap bersyarat iaitu guna duit raya sendiri.hehehe
Sementara menunggu mereka bermain ,Kak Manis pun ambik kesempatan shoping dan akhirnya dapat juga apa yang diidam-idamkan selama ini.
Dari jam 4 petang hingga 9 malam mereka bermain dan terasa bahagia betul mereka.
Dahulu Kak Manis tak merasa nak main ni dan bila anak-anak nak kenalah turuti.Mereka ni jenis berjalan hanya dengan kami sahaja dan tak merasa nak keluar bersama kawan-kawan.
Semoga anak-anak mama happy selalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge