PAU CILI IKAN BILIS HANGAT DIPASARAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Petang semalam anak ajak singgah beli pau dan singgah kejap.Terkejut pulak tengok ada design baru serupa Cili Api dan nama pun pau cili ikan bilis.

Rasa boleh tahan tapi takdelah sepedas kaler merah tu😂😂😂

Harga RM 3.20 sebiji dan memang kenyang ambik satu tapi kalau dah lapar tak sedar dah makan dua.Bagi pengemar sambal ikan bilis memang Kak Manis rekomen beli pau cili ni.

Jika ada yang teringin boleh cuba dan macam Kak Manis takde melopong bila orang cerita pasal pau ni sebab dah makan.

Untuk kawasan Puchong boleh beli di Jalan Jurutera tepi Sg.Klang.Di tempat ni banyak jual pelbagai jenis rasa pau seperti :-

Pau Daging,Pau Ayam,Pau Kambing,Pau Kacang Merah,Pau Kaya,Pau Cendawan dan banyak lagi.

Tak rugi cuba dan rasanya pun lembut dan sedap.

Pau Terhangat Dipasaran
PAU CILI IKAN BILIS

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge