PERCUTIAN DI KINRARA RESORT, PUCHONG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kak Manis & Family mempunyai hobi yang sama iaitu suka pergi bercuti bila ada kelapangan dan ikut mood.

Bagi kami tak kisah dekat atau jauh  janji dapat berjalan.hehehe

Perkara yang Kak Manis geram dengan Abang suka plan saat-saat akhir jadi susah nak cari tempat tidur yang selesa.Kadang-kadang main redah dan ikut nasib jer.

Nasiblah Abang kerja sendiri iaitu bawa Towing dan bila pergi bercuti tak boleh masa perayaan.Katanya kena standby 24 hours.Jika ada yang nak cari service Towing @Carrier apabila kereta rosak atau kemalangan boleh terus contact 012-3729099 atau tekan TOWING CARRIER K&K AUTO SERVICES

Opsss dah melencong pulak pasal bisness Abang..oklah kita sambung tentang percutian singkat kami ke Kinrara Resort  pada 4.11.17  & 5.11.2017.

Walaupun rumah kami dekat Puchong tapi nak merasa juga keseronokan tempat ni sebab bila baca orang viral macam best.

Pada mulanya percutian kali ni dirancang oleh Family Abang tapi last minute semua tak nak stay jadi hanya booking 1 bilik sahaja di Agoda.Urusan dibuat oleh anak buah jadi bila  Kak Manis datang ke Resort untuk buat bayaran,mereka kata tak boleh sebab bukan booking atas nama Kak Manis.Frust jugaklah sebab tujuan datang  nak settlekan payment tapi hampa ,jadi terpaksalah balik office yang tak sampai 3 minit dah sampai.hahaha

 

Akhirnya hari yang ditunggu tiba dan balik dari kerja terus kemas baju dan anak-anak semua dah siap sebab kalau jalan memang laju jer.Tepat jam 3 petang Kak Manis drive sendiri bawa anak-anak ke Resort ,manakala Abang bawa Towing kesana sebab jika ada job boleh terus pecut.

Sampai di kaunter Kak Manis tunjuk kertas booking Agoda tapi boleh pulak mereka cakap Agoda dah cancelkan booking kami tanpa jami memberi arahan.Kak Manis pun dah mula naik angin sebab masa datang 4 hari kepas cakap dah siap buat payment online dan sampai masa lain pulak cerita.Tak tahulah kenapa jadi camni dan selepas berbincang mereka berikan juga 1 bilik berdekatan dengan kolam sebab ni permintaan Kak Manis untuk memudahkan nak bawa Mak Mertua yang menggunakan kerusi roda.

Okey pasal bayaran pulak kena bagi     RM 300.00 dahulu dan bila keluar akan dipulangkan baki RM 35.00.Harga bayaran dekat Resort RM265.00 tapi jika online caj RM285.00 jadi kami dah untung RM20.00.

Nasihat Kak Manis bila order online kena rajin contact Resort terlebih dahulu untuk confirmkan semuanya OK  dan jangan bila sampai takde bilik,kan naya.huhuhu

No bilik kami K003 pintu masuk menghadap jalan dan pintu belakang  boleh terus terjun kolam renang.Best tau dan tak rugi bertekak sikit tadi tapi bila dapat bilik ni terus jadi happy.Ni semua untuk melihat anak-anak enjoy dan happy selalu.

Apa-apapun Kak Manis &Family enjoy berendam dan dapat meluangkan masa bersama family.

Walaupun percutian singkat tapi menyeronokan dan jimat masa tak perlu nak drive jauh-jauh.

Bilik kami sekeluarga.

 

Family Abang melepak asyik makan saja.Menu nasi goreng ,nasi putih,macaroni,nugget.

 

Permandangan dari atas tembok dan nampak sungguh cantik.

 

Comelkan Aisyah & Amilia. bila dapat pegang hp ayahnya..semua nak buat

About Rahasimah Sufar 140 Articles
PENGEDAR SAH SHAKLEE RAHASIMAH SUFAR 019-6998825 FB:RahasimahSufar IG:Shaklee_Shima Email:shima_jamal77@yahoo.com.my Blog:shimajamal

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge