POSLAJU PUCHONG TERBAIK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Petang ni saya pergi ke PosLaju Puchong di Batu 12 untuk mengepos Vitamin  yang Customer  saya order semalam.
Kebiasaannya saya sampai dalam jam 5 petang dan orang tak ramai tetapi hari ni terlewat sedikit kerana ada kerja sedikit dioffice jadi sampai je di Poslaju orang dah penuh.
Buka pintu tekan no giliran dan terkejut juga sebab kena menunggu dekat 30 orang untuk sampai no giliran saya.Nasiblah badan dan berpeluh sakan pula menunggu sebab semua kerusi penuh dan kenalah duduk dalam kereta sekejap.
Berkat kesabaran selama 1 jam baru sampai giliran saya dan apa-apa pun saya tidak akan mengeluh kerana untuk Customer Kesayangan.
Apa pun saya tetap puji semua Staff Poslaju kerana tetap melayan dan memberikan senyuman walaupun keletihan seharian melayan orang ramai.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.