STEAMBOAT MURAH DAN SEDAP

TEMPAT MAKAN TERBAIK DI PUCHONG

MONSTER PLANET GRILL & STEAMBOAT

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua.

 

Hari ni Kak Manis nak cerita pasal tempat makan yang murah dan sedap bersama family tercinta.

Khamis lepas Kak Manis tak tahu plan abang nak pergi makan bersama familynya dan terkejut juga sebab last minute baru nak inform, nasib baik pakai lawa.hehehe

Rupa-rupanya semua pun tak tahu kat mana tempat makan tersebut dan hanya anak buah abang yang tahu tapi  bila suruh share location dia pun tak sampai lagi..Sabar jer

Terpaksalah kami guna khidmat En.Google “SteamboatBukit Lanchung” dan terus tekan maps kesana dan rupa-rupanya kami dah dekat pun.Sampai jer kat sana memang ramai orang dan  nasib kami dah reserve meja.Terkejut juga 4 meja panjang untuk family kami, Almaklumlah semua family anak ramai.

Kami sampai dekat pukul 8 malam dan kalau nak tahu siap ada Abang Rela yang menjaga Parking kat situ.

Senyum jer pekerja restoran tersebut  menyambut kedatangan kami dan terus menunjukkan meja yang kami tempah , barulah syok makan bila dilayan macam ni kan??

Kak manis dan  dan Abang ambik meja pertama bersama-sama Mak Mertua, Kakak Ipar dan anak buah. Anak-anak pula bawa diri ke meja no 3  bersama sepupu sepapat mereka, inilah beruntungnya bila anak dah besar.Baru kenyang kami berdua makan tanpa gangguan .hahaha

 

STEAMBOAT SEDAP STEAMBOAT MURAH MAKANAN DIPUCHONG

KAK MANIS SUKA MAKAN DISINI

 

STEAMBOAT SEDAP STEAMBOAT MURAH MAKANAN DIPUCHONG

KAK ANA FAMILY

STEAMBOAT MURAH STEAMBOAT SEDAP PUCHONG

SENYUM SEBAB PERUT DAH KENYANG.HEHEHEHE

Pekerja restoran tersebut terus datang kemeja dan bertanya nak letak Sup atau Tomyam , apalagi kami pun pilih Tomyam dan baru kaw nak hirup kuahnya yang tak berapa pedas pun.

Banyak pilihan lauk yang disediakan seperti ayam,daging kambing, daging lembu ,sotong, udang, sayur sayuran dan bebola. Nasi goreng dan mee goreng  juga di sediakan sebab sesuai untuk yang lapar nak makan.Sapa lagi kalau bukan kitaorang yang memang tengah kelaparan.

STEAMBOAT MURAH STEAMBOAT SEDAP PUCHONG

MAKANAN TERSUSUN CANTIK

Minuman pula disediakan air sirap, air laici , teh panas dan air kosong. Buah tembikai dan kek pisang pun ada untuk pencuci mulut dan paling best aiskrim cone perisa jagung.

STEAMBOAT MURAH STEAMBOAT SEDAP

MENU SEDAP DAN BANYAK PILIHAN

Meja kami memang giler kambing dan sentiasa tak putus-putus grill tu jer dan sampai kekeyangan kami semua malam tu.Surpise pulak Abang beli durian dan bertambah-tambahlah giler Kak manis makan, sakit belakang cerita janji puas.hahahaha

Kesudahannya dekat 2 jam lebih kami kat situ dan riuh rendah juga macam pasar tapi takde masalah sebab tuan kedai pun tak kisah. Terkejut kami bila tengok meja anak-anak tak habis makan lagi walaupun kami semua dah stop lama.Lapar rupanya mereka ni dan tak rugi bawa diorang makan buffet dan Insyaallah nextime kita datang makan lagi.

Bayaran makan seperti berikut dan hanya CASH SAHAJA tau.

STEAMBOAT SEDAP STEAMBOAT MURAH MAKANAN MURAH

MONSTER PLANET GRILL & STEAMBOAT

 

10 Responses to “STEAMBOAT MURAH DAN SEDAP”
  1. Myn 28 July 2018
  2. Nur Razali 28 July 2018
  3. Haulia Razali 31 July 2018
  4. mrhanafi 1 August 2018
    • Rahasimah Sufar 3 August 2018
  5. Arnie 5 August 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.